wlcome..

ApeSal

Saturday 30 July 2011

Bulan Yang Dinanti-nantikan telah menjelma.



ramadhan bakal menjelma, tidak lama lagi. samada pada satu september atau yang keduanya. bagi mereka yang bakal menjalankan ibadah khusus untuk Allah ini di bumi Australia, ini akan jadi pengalaman pertama seumpamanya dalam hidup berpuasa di rantau asing. sungguh, inilah tetamu yang dinantikan lebih daripada bulan-bulan yang lain. dalam bulan inilah segala amalan digandakan Allah dengan sebanyaknya, bergantung kepada kemahuan dan kehendak kita.
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa [TMQ:2:183]
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah ‘azzawajalla berfirman dalam Hadis qudsi: “Semua amal perbuatan anak Adam (yakni manusia) itu adalah untuknya, melainkan berpuasa, kerana sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku akan memberikan balasan dengannya. Puasa adalah sebagai perisai dari kemaksiatan serta dari neraka. Maka dari itu, apabila pada hari seseorang di antara engkau semua itu berpuasa, janganlah ia bercakap-cakap yang kotor dan jangan pula bertengkar. Apabila ia dimaki-maki oleh seseorang atau dilawan bermusuhan, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya saya sedang berpuasa.” Demi Zat yang jiwa Muhammad ada di dalam genggaman kekuasaan-Nya, nescayalah bau bacin dari mulut seseorang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi. Seseorang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan dan ia dapat merasakan kesenangannya, iaitu apabila ia berbuka, ia pun bergembiralah dan apabila telah bertemu dengan Tuhannya, iapun gembira dengan adanya amalan puasanya.” (Muttafaq ‘alaih)
berpuasa itu wajib ke atas setiap ummat Islam mukallaf yang mampu serta beraqal. kerana, apabila ia sudah mukallaf, maka pertanggungjawaban mendiri dan menegakkan syari’at Allah itu wajib baginya. yang mampu, kerana ada orang yang akan menghadapi keuzuran. manakala, orang yang kurang waras atau gila tidak wajib baginya puasa. sebagaimana yang kita dapat baca dalam hadith yang panjang di atas, bagaimana utamanya ibadah puasa di sisi Allah, sehinggakan Allah berfirman dalam hadith Qudsi, bahawa semua amalan anak-anak Adam, adalah untuk mereka sendiri kecuali puasa, di mana ia adalah untuk-Nya.

Thursday 28 July 2011

Adab Menjawab Salam

Assalamualaikum.. di sini sy ingin berkongsi sedikit pengetahuan mengenai memberi salam..





1. Jika org memberi "assalamualaikum".
Jawablah dengan "waalaikumussalam warahmatullah"

2. Jika org memberi "assalamualaikum warahmatullah"
Jawablah dengan "waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh"

3. Jika org memberi salam "assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh"
Jawablah dengan "waalaikumussalam warahmatullahi wabrakatuh wamaghfiratuh"

4. Jika org memberi salam "assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh"
Jawablah dengan "waalaikumussalam warahmatulahi wabarakatuh wamaghfiratuh wariduwanuh"

5. Jika org memberi salam "assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh wariduwanuh"
Jawablah dengan "waalaikumussalam warahmatulahi wabarakatuh wamaghfiratuh wariduwanuh"

kita perlu menjawab lebih kerana inginkan pahala yang sama seperti orang yang memberi.

Ini kerana orang yang memberi lebih baik dari yang menerima. Jadi kita perlu memberi semula dengan lebih lagi.

Tapi jika dah sampai yang no.5, jawapan kite sama panjang. Maknanya pahala kita lebih kurang dari yang memberi.

Jadi untuk mengelakkan pengurangan pahala itu, jadilah orang yang memberi salam daripada kita menjadi orang yang menjawab salam.

Semoga diberkati Allah S.W.T