wlcome..

ApeSal

Tuesday 6 September 2011

Tingkat Zuhud


Hakikat zuhud ialah menyingkirkan apa apa yang semestinya disenangi dan diingini oleh hati, kerana yakin ada sesuatu yang lebih baik untuk meraih darjat yang tinggi di sisi ALLAH. 

Syeikh Abdul Samad Al Palimbani mengatakan bahawa ada rukun kezuhudan. 

1. Meninggalkan sesuatu kerana menginginkan sesuatu yang lebih baik lagi 
2. Meninggalkan keduniaan kerana mengharapkan akhirat. 
3. Meninggalkan segala sesuatu selain ALLAH kerana mencintaiNYA. 

Sebagai contoh untuk zuhud tingkat ini, ada satu kisah seorang sahabat Nabi ternama,Haritsah. Nabi SAW bertanya “Bagaimana kamu hari ini, wahai Haritsah?” 

Dia menjawab,”Aku sungguh beriman, ya rasulullah.” 

“Apa buktinya?” tanya Nabi. Dia menjawab,”Aku telah memalingkan jiwaku dari dunia ini. Itulah sebabnya di siang hari aku haus dan di malam hari kau terjaga, dan rasa rasanya aku melihat Arasy Tuhanku menghampiriku, dan para penghuni syurga sedang bersuka ria dan para penghuni neraka sedang menangis.” Nabi SAW bersabda,” itulah seorang mukmin yang hatinya telah dibukakan ALLAH. Kau telah tahu Haritsah, maka camkanlah.” 

Imam Ahmad Ibnu Hambal mengklasifikasikan tingkatan zuhud yakni :- 
1. Zuhudnya orang orang awam ialah meninggalkan hal hal yang haram 
2. Zuhud orang orang yang khawas (khusus) iaitu meninggalkan hal yang berlebih lebihan (al fudhul) meskipun barang halal. 
3. Zuhud orang Arif iaitu meninggalkan segala sesuatu yang dapat memalingkan daripada mengingati ALLAH. 



Zuhud disisi Islam



Ada yang tertanya-tanya samada Islam menentang kekayaan dan perolehan harta. Ada pula yang memainkan perkataan ‘zuhud' bagi menyokong kempen dan kefahaman mereka.

Benar, zuhud adalah satu sifat yang amat baik dan terpuji di dalam Islam, bagaimanapun saya mendapati terdapat salah faham masyarakat Islam dalam memahami ertinya, sehingga ia ditakrifkan sebagai menjauhkan diri dari dunia dan membiarkan diri miskin. Ada juga yang mengganggap zuhud sebagai tidak menggunakan harta yang diperolehi untuk diri, dan keluarga.

Selain itu, ia juga dikatakan zuhud jika berumah, berpakaian dan berkereta usang walaupun mempunyai harta. Membiarkan umat Islam tidak membina sebarang kilang, bangunan dan bisnes kerana ia dikira sebagai zuhud iaitu lari dari dunia sejauh-jauhnya. Dengan demikian dunia akan datang kepada kita. Adakah ini benar-benar yang diarahkan oleh Islam ?.

Tidak kurang juga yang membawakan dalil-dalil yang hebat seperti sabda Nabi SAW :-

كُنْ في الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيبٌ أو عَابِرُ سَبِيلٍ

Ertinya : Jadilah kamu di dunia seperti orang asing atau seperti orang yang melintas ( Riwayat Al-Bukhari, no 6053, 5/2358 )

Diberi pula lagi dengan satu hadis Nabi SAW :

والله ما الدنيا فى الآخرة إلا مثل ما يجعل أحدكم اصبعه هذه وأشار يحيى بالسبابة فلينظر بم ترجع

Ertinya : Demi Allah, tiadalah kehidupan di dunia kecuali seperti seseorang yang mencelupkan jarinya ini ( di dalam lautan sambil perawi menunjukkan jari telunjuknya) dan lihatlah apa yang mengikut (jari tadi dari air) " ( Muslim, no 858, 17/192 )