wlcome..

ApeSal

Friday, 6 May 2011

Sebuah Kisah Adik Perempuan Kene Rogol


Kisah Adik Perempuan Kena Rogol merupakan satu cerita kiasan atau analogi yang ditulis untuk menegur sikap orang-orang tertentu yang tidak tegas terhadap isu-isu tertentu.


“Abang hanya melihat dengan keseronokan adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri.”

Pada suatu hari yang nyaman, dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, sebuah keluarga besar telah pergi piknik di tepi pantai. Keluarga ini merupakan keluarga yang kaya raya. Ada tauke balak, ada tauke minyak, ada tauke minyak sawit, ada tauke getah, ada tauke emas dan macam- macam lagi. Namun, tidak mungkin dalam satu bakul buah itu, semuanya elok, pasti ada jugak yang busuk.

Sebenarnya kehidupan adik-beradik ini mula goyah selepas bapa mereka dibunuh secara kejam di Turki. Kehidupan mereka mula bertelagah sesama sendiri. Bagi abang-abang yang kaya, mereka melupakan adik- adik mereka yang miskin. Bagi adik-adik yang mula belajar hidup berdikari, maka berusahalah mereka membantu adik-adik yang miskin itu semampunya sambil menempelak abang-abang mereka yang mula lupa diri.

Satu hari, semasa keluarga ini berpiknik, seorang adik perempuan mereka telah diculik dan telah dicabul dengan kejam. Perlakuan ini berlaku di depan khemah abang-abang yang kaya ini. Pencabulan si adik itu dilakukan oleh sekumpulan pendatang haram yang suka membuat kacau kehidupan orang lain. Adik-adik yang lemah ini hanya mampu memandang dengan kesayuan. Tetapi si abang-abang hanya melihat dengan keseronokan adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri.

Tidak lama selepas itu pula, salah seorang adik lelaki mereka pula telah lemas dihanyut ombak. Salah seorang daripada mereka cuba menyelamatkan si adik yang lemas itu tetapi dihalang oleh abang atas alasan, marilah bawak berbincang dahulu. Jangan terburu-buru, bahaya. Akhirnya, di saat adik perempuan mereka diratah dengan penuh nafsu oleh sekumpulan pendatang haram itu, dan adik lelaki pula hampir kelemasan di tengah lautan, mereka telah duduk berbincang sambil makan makanan yang mewah-mewah dan minuman yang lazat-lazat.

Tajuk persidangan kita hari ini adalah, “Cara-cara menyelamatkan adik perempuan yang dirogol dan adik lelaki yang kelemasan.” Itulah kata si abang sulung selaku pengerusi majlis.

Adik-adik yang lebih muda dengan bersemangat hendak terus bergperang dengan pendatang-pendatang haram tersebut, dan juga tanpa menghiraukan keselamatan, ingin sahaja terus menyelamatkan adik lelaki mereka yang semakin kelemasan itu. Tetapi dengan tenang si abang-abang berkata,”Inilah orang muda, suka sangat ikut perasaan.

Cuba sikit hormat orang tua. Kita ambik jalan yang lebih berdiplomasi. ” Akhirnya, si abang berjumpa dengan ketua pendatang haram tersebut. “Ini resolusi kami. Jangan rogol adik kami lagi. Kalau nak sangat tubuh adik kami pun, cuba hentikan rogol tu dulu. Kita buat gencatan nafsu.” Maka mereka pun berbincang. Sambil berbincang itu, pencabulan terhadap adik perempuan itu masih berjalan sambil ditonton oleh adik- beradik yang lain.

Wednesday, 4 May 2011

Jenis-jenis zina


  “Cinta bukan kata-kata”. Cinta adalah tanggungjawab. Bila seseorang menyatakan yang dia cinta kepada kita, Aku cinta kepadamu , samalah seperti dia berkata : “ Aku ingin bertanggungjawab ke atasmu ”  Kerana itu janganlah kita percaya kalau ada yang berkata , “ Aku tidak punya apa-apa, aku tidak punya kerja, aku tidak punya rupa, aku tidak punya harta untuk mencintaimu. Yang ada hanya cinta yang mendalam .” AWAS!! Penuturnya besar kemungkinan merupakan seorang PEMBOHONG, kerana dia sebenarnya perlu menyediakan keperluan dan bertanggungjawab .  Cita-cita cinta yang SUCI  ialah perkahwinan ”.
 
Mengikut fenomena di zaman era globalisasi kini, ramai daripada masyarakat kita menggunakan jalan yang salah iaitu ikhtilat tidak syarie melalui Facebook, Yahoo Mesenger dan lain-lain, cinta monyet dan  melakukan bermacam-macam perkara yang dilarang oleh ALLAH S.W.T.  Melalui firman ALLAH S.W.T di dalam Surah Al- Isra’ ayat 32 :
Maksudnya: “ Dan janganlah kamu mendekati zina,sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji, dan suatu jalan yang buruk ”.

Berdasarkan firman ALLAH di atas, ALLAH telah mengingatkan hambanya agar tidak manghampiri zina. Mungkin kita tertanya-tanya “ Kalau berbalas-balas mesej dan YM dengan kekasih  itu zina ke? Itu merupakan salah satu cara yang membawa kita kepada zina, kerana zina terbahagi kepada 2 bahagian:

 PERTAMA : Zina secara zahir.

 KEDUA : Zina secara sirr  iaitu melalui cara  berkasih sayang dan rindu