“Cinta bukan kata-kata”. Cinta adalah tanggungjawab. Bila seseorang menyatakan yang dia cinta kepada kita, “ Aku cinta kepadamu” , samalah seperti dia berkata : “ Aku ingin bertanggungjawab ke atasmu ” Kerana itu janganlah kita percaya kalau ada yang berkata , “ Aku tidak punya apa-apa, aku tidak punya kerja, aku tidak punya rupa, aku tidak punya harta untuk mencintaimu. Yang ada hanya cinta yang mendalam .” AWAS!! Penuturnya besar kemungkinan merupakan seorang PEMBOHONG, kerana dia sebenarnya perlu menyediakan keperluan dan bertanggungjawab . Cita-cita cinta yang SUCI ialah perkahwinan ”.
Mengikut fenomena di zaman era globalisasi kini, ramai daripada masyarakat kita menggunakan jalan yang salah iaitu ikhtilat tidak syarie melalui Facebook, Yahoo Mesenger dan lain-lain, cinta monyet dan melakukan bermacam-macam perkara yang dilarang oleh ALLAH S.W.T. Melalui firman ALLAH S.W.T di dalam Surah Al- Isra’ ayat 32 :
Maksudnya: “ Dan janganlah kamu mendekati zina,sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji, dan suatu jalan yang buruk ”.
Berdasarkan firman ALLAH di atas, ALLAH telah mengingatkan hambanya agar tidak manghampiri zina. Mungkin kita tertanya-tanya “ Kalau berbalas-balas mesej dan YM dengan kekasih itu zina ke? Itu merupakan salah satu cara yang membawa kita kepada zina, kerana zina terbahagi kepada 2 bahagian:
PERTAMA : Zina secara zahir.
KEDUA : Zina secara sirr iaitu melalui cara berkasih sayang dan rindu
