wlcome..

ApeSal

Thursday 31 March 2011

JOm baca kisah nie..

sama2 kitew renung2kan..

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah
bersiar-siar di tepi
hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu,
tetiba dia
terdengar satu bunyi... jeng!jeng!jeng!...
bunyi....aauuummmmm!!!

Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu
mangsanya saja.
Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan
diri.
Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar
sangat ni.
Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba
Allah ni punyalah
takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia
berdoa agar dia
diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.
Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di
depan mata nya.
Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun
terjunlah ke
dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba.
Si hamba Allah ni
bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia
bergantungan
di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yg
lapar tu
menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam
mana nak
menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar
dia
diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak
selamat, tetiba
dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.
Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya.

Kisah Imam Hassan Al-Banna


Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan jasa yang ditaburkan. Inilah yang dapat diperkatakan mengenai keperibadian tokoh pada kali ini iaitu As Syahid Imam hassan Al Banna. Walaupun telah 54 tahun Almarhum meninggalkan kita semua, namun perjuangan dan kegigihannya dalam menegakkan kembali Islam di bumi Mesir tetap kukuh bersemadi dalarn hati sanubari masyarakat Islam hingga ke hari ini.

Jom sama2 kita ikuti beberapa kisah Imam Hassan Al-Banna

Kisah 1 - Imam Hassan Al-Banna dengan sandal

Seorang tua renta mempunyai seorang putera pergi bertempur bersama ikhwan melawan Yahudi di Palestina. Lalu ia pergi menuju ke Pejabat Pusat Ikhwanul Muslimin di Kaherah untuk menemui Ustaz Mursyid Am Hassan al-Banna. Ia mohon agar Ustadz Hasan al-Banna memberi keringanan kepada puteranya dari keikutsertaan pertempuran itu. Hassan al-Banna menyambutnya dengan baik. Sebelum orang tua itu masuk ruangan pejabat, ia menanggalkan sandalnya di dekat pintu. Setelah Ustaz al-Banna berbincang-bincang dengannya, meredalah rasa takut dalam jiwanya. Setelah itu, beliau pun berdiri untuk mengantarkannya sampai ke pintu dan orang tua itu kelihatan kekok untuk mendapatkan sandalnya. Tampaknya penglihatannya lemah, cepat-cepat Imam al-Banna mengambilkan sandalnya dan memakaikannya. Orang tua itu sangat terkesan dengan sikap Ustadz al-Banna dan ia merasa menyesal. Sebahagian ikhwan menyaksikan kejadian itu, mereka merasa malu terhadap diri mereka sendiri, dan mereka mendapatkan pelajaran bagaimana seharusnya seorang dai bersikap terhadap orang tua.

Kita Sebenar..



Ini adalah realiti sebahagian daripada umat Islam dseluruh pelusuk dunia pada hari ini. Kita lebih mengagongkan maksiat/keburukan/amalan agama laen daripada Islam. Sesungguhnya kita telah mengetahui bahawa Islam itu cara hidup yg mbawa kita kepada redha Ilahi,satu2nya agama dsisi Allah SWT. Oleh itu mari kita renung2kan sedikit kita yg sebenarnya ini.Wallahua'lam




KITA SEBENARNYA..
 lebih gembira menyambut 1hb. Januari daripada 1 Muharram.

KITA SEBENARNYA..
lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal.
...
KITA SEBENARNYA..
lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat.

KITA SEBENARNYA..
lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar azan.

KITA SEBENARNYA..
lebih suka lepak, tidur, tengok tv daripada sembahyang.

KITA SEBENARNYA..
lebih tahu nama artis-artis kita daripada nama-nama pujaan.

Wednesday 30 March 2011

Ilmu itu lebih baek.....




 Kita mnuntut ilmu bermula dari kecil lagi shinggalah ke liang lahad. Pelbagai cara dan pengalaman yg kita hadapi untuk mndapat ilmu dimuka bumi Allah ini. Org yg berilmu amatlah tinggi darjatnya  disisi Allah SWT. Kerana dengan ilmulah manusia dapat mengenali Penciptanya yg terAgong yg Maha Bijaksana..



10 perkara atau point ini adalah jawapan Sayidina Alikepada puak khawarij yang ingin menguji Saiyidina Ali Abi Talib..

1. Ilmu lebih baik daripada harta kerana : ilmu adalah pusaka Anbiya, tetapi harta adalah pusaka Qarun dan Firaun.

2. Ilmu lebih baik daripada harta kerana : ilmu menjaga dirinya, tetap: harta perlu dijaga oleh tuannya.

3. Ilmu lebih baik daripada harta kerana : ilmu menyebabkan ramai kawan, tetapi harta menyebabkan banyak musuh.

4. Ilmu lebih baik daripada harta kerana : ilmu jika diajar kepada manusia akan semakin bertambah, tetapi harta jika diberi kepada manusia akan semakin berkurangan.

5. Ilmu lebih baik daripada harta kerana : ilmu yang banyak menyebabkan seseorang itu menjadi mulia, tetapi harta yang banyak boleh menyebabkan bakhil.

6. Ilmu lebih baik daripada harta kerana : ilmu tidak dicuri, tetapi harta boleh dicuri / takut dicuri.

7. Ilmu lebih baik daripada harta kerana : ilmu akan menjadi syafaat / menolong tuannya pada hari akhirat, tetapi harta akan dihisab di akhirat.

8. Ilmu lebih baik daripada harta kerana : ilmu jika dibiarkan lama tidak rosak, tetapi harta akan rosak.

9. Ilmu lebih baik daripada harta kerana : ilmu yang banyak akan menyebabkan hati manjadi lembut dan tawaduk, tetapi harta yang banyak menyebabkan hati jadi keras dan angkuh.

10.Ilmu lebih baik daripada harta kerana : ilmu mewujudkan sifat kehambaan, iaitu menyebabkan seseorang menjadi hamba yang baik, takut untuk membuat benda-benda buruk / maksiat, tetapi harta akan menyebabkan seseorang itu rakus dan lupa kepada Allah / lupa tanggunggjawab.


InsyaAllah sahabat sekalian dapat mengambil iktibar dari jawapan Saidina Ali Karramallahuwajhah..insyaAllah sahabat..

Contoh surat untuk diberikan kepada mak ayah bagi yang nak nikah awal.






Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai…

Apa khabar dengan keluarga di Labuan? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat ALLAH sentiasa.

Ajib pun tak berapa jelas mengapa ajib nak tulis surat ni kepada mak dan ayah. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar ajib tulis surat untuk mak dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, ajib selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang ajib tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.

Dipendekkan cerita, ajib sebenarnya untuk meminta redha dari mak dan ayah untuk bernikah. Mungkin mak dan ayah terkejut apabila ajib cakap macam nie. Ajib bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. Ajib nak nikah nie bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, ajib akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada ALLAH.

Kadang-kala, ajib rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut. Perkara ini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah.

Tuesday 29 March 2011

Jangan mcari ksempurnaan dlm Cinta..

Kesempurnaan Dia..Bukan Hak Kamu..









Utk post kali ini..aku nak berbicara pasal kesempurnaan..Bila menganalisis kes2 penceraian di Malaysia..banyak juga alasan2 pasangan mengatakan sebab penceraian adalah kerana si pasangan masing2 kurang sempurna..Apa definasi sempurna?? Perlukah merubah diri ini semata2 utk menjadi kesempurnaan dlm diri org lain sedangkan dlm hati tersiksa.. Bagi yg couple..same jgk..yg jd alasan utk putus..sbb.."Eh dia xde ape yg aku nak..." so putus jela kan..
Entahlah..ak pn xpenah menda2 ni..tapi ak mmg tertarik dgn bab kesempurnaan ni..Sebab semua org mmg nak benda yg cantik2,lawa2,kacak2..walaupun kesempurnaan juga hakikatnya adalah subjektif. Aku nak bawa korang satu kisah..pasal kesempurnaan ini..


Seorang isteri telah mengatakan kepada suaminya untuk melakukan list tentang keburukan masing2. Si isteri tertarik dengan cara ini yang beliau dapat melalui majalah, iaitu cara2 utk meningkatkan persefahaman dlm hubungan mereka. Mereka sedar hubungan mereka ada pasang surutnya. Ada masa mereka bergaduh, bertengkar namun mereka tetap bersama jua. Mereka mengakui saling mencintai namun hubungan mereka saban hari tetap dingin. Si isteri tertarik dgn cara itu dan memberitahu suaminya utk membuatkan list tentang keburukan dirinya dan dia pula akan membuat list akan keburukan suaminya. Dengan list tersebut mereka dapat memperbaiki kelemahan masing2 dan dpt memperbaiki hubungan mereka.

Thursday 24 March 2011

ternyata Hidup ini Mudah as easy as ABC





1.Ada seseorang ketika ingin melamar pekerjaan,ternampak kertas di lantai kemudian memungutnya dan membuangnya kedalam tong sampah.Hal tersebut ternampak oleh penemuramah pekerjaan,dan dia pun mendapatkan pekerjaan tersebut.


*Ternyata untuk memperolehi penghargaan itu cukup mudah,hanya dengan memelihara tabiat yang baik.


2.Ada seseorang menjadi pekerja di kedai basikal.Suatu hari ada seseorang mengantarkan basikal yang rosak untuk diperbaiki di kedai basikal tersebut.Setelah memperbaiki basikal tersebut,pekerja tadi juga membersihkan basikal tersebut hingga bersih mengkilat.rakan sekerja yang lain mentertawakan akan perbuatannya itu.keesokan hari,pemilik basikal tersebut mengambil basikalnya,dan pekerja tadi pun diambil bekerja dengan nya.

Saturday 19 March 2011

Subject:SPM 2010 - PAPER SEJARAH -


Subject:SPM 2010 - PAPER SEJARAH -

Malaysia history


Dilarang senyum atau ketawa semasa menjawab, kalau tidak anda akan digagalkan dr Ujian SPM.

1. Siapakah yang membuka Melaka?
a. Param
b. Parameswari
c. Paramugari Terlampau
d. Parameswara
e. Parang Kontot

2. Pada tahun 1771, seorang penjelajah Inggeris telah tiba di sebuah
kawasan yang dikenali sebagai New Hebrides, siapakah dia?
a. Kapten Hook
b. Kapten Crook
c. Kapten Cook
d. Kapten Cool
e. Kapten Boleh

3. Siapakah yang pernah menjadi pemerintah Sarawak?
a. Brooke Shields
b. James Beruk
c. James Bond
d. Sapok Biki
e. James Brooke

4. Siapakah yang membuka Pulau Pinang?
a. Torch Light
b. Traffic Light
c. Francisca Peters
d. Light and Easy
e. Francis Light

Wednesday 16 March 2011

Terbongkar Rahsia Budu..hehe

 Nie dye makane ore kitow,,brigak doh la budu wei..





Budu merupakan makanan traditional Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur.

Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab [[diarrhoea| cirit (diarrhoea)] , penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin) , asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin) . Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. 






Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia ), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.

Tuesday 15 March 2011

Surat Seorg Pemuda Harapan Bangsa kpd PM..

bkn sy yg mnulis surat ini..sy dpt dr sumber yg boleh dpercayai..InsyaAllah ktew sama2 renungkan..




Assalamualaikum Dato’ Seri.

Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin dalam ruang demokrasi tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri.

Dato’ Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata).

Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. Saya sering ‘singgah’ di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi kegilaan kebanyakan remaja seusia saya.

Tidaklah pula saya katakan yang saya lebih tahu daripada Dato’ Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan saya adalah remaja yang memerhati. Saya adalah remaja yang bukan kerjanya sehari-hari hanyalah makan, tidur, ‘menelan’ buku teks semata. Saya adalah remaja yang mengikuti rapat perkembangan-perkembangan semasa negara tercinta ini.

Izinkan saya Dato’ Seri untuk memberi pandangan saya. Pandangan seorang budak, seorang remaja. Mungkin Dato’ Seri fikir, apalah ada pada seorang remaja seperti saya. Justeru, suka untuk saya ingatkan pada Dato’ Seri yang InsyaALLAH kelak, kamilah yang akan membuang undi!

Dato’ Seri Najib yang saya hormati, memimpin sebuah negara bukanlah perkara yang mudah. Tidak pernah ia menjadi mudah, tidak boleh ia diambil mudah. Ia adalah persoalan besar dan penting. Persoalan yang diletakkan tinggi di dalam Islam. “Kepimpinan adalah amanah, celaan di dunia, dan penyesalan di akhirat”, begitu sabda Nabi SAW.

DASAR

Saya, yang tohor ilmu dan cetek pengalaman ini percaya bahawa setiap tindakan kita adalah bergantung kepada prinsip yang kita letakkan sebagai neraca asas. Bagi sesetengah orang, mereka meletakkan Demokrasi sebagai neraca asas mereka. Ada yang meletakkan kepentingan peribadi, atau kroni, atau Sosialisme, Liberalisme dan sebagainya. Bagi kita, seorang Muslim, neraca asas yang menjadi dasar pertimbangan kita tentulah ISLAM. Izinkan saya bertanya, apakah Asas Utama kepada setiap tindakan Dato’ Seri?

Apakah Islam? Atau Kepentingan diri, atau kroni, atau selainnya?

Maaf Dato’ Seri, kiranya jawapan Dato’ Seri bahawa asas bagi setiap tindakan Dato’ Seri adalah Islam (saya tak pasti jika Dato’ Seri akan memilih jawapan selainnya), maka saya ada beberapa soalan untuk Dato’ Seri.

Saya amat keliru dengan dasar Program Transformasi Ekonomi yang dibawa Dato’ Seri. Apakah ianya dirangka dengan neraca Islam atau selainnya. Justeru, saya mohon penjelasan Dato’ Seri.

Saban hari saya dan rakan-rakan menerima berita dari segenap pelusuk negara, sama ada dekat dengan kami atau jauh, remaja seusia kami yang MENGHILANG! Iya, ‘hilang’ nyawa kerana penggunaan dadah berlebihan atau kerana perlumbaan haram. ‘Hilang’ maruah dan harga diri kerana amalan penzinaan lewat pergaulan bebas. ‘Hilang’ akal kerana ketagihan ekstasi, pil khayal dan arak. ‘Hilang’ kewarasan hingga tergamak membunuh bayi kecil atau ditinggalkan di jalanan untuk menjadi habuan anjing dan hurungan semut. ‘Hilang’ kemampuan untuk menjadi barisan pelapis kepimpinan negara. ‘Hilang’ arah hinggakan nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan! HILANG Dato’ Seri, HILANG!

Saya begitu terkesan pada pesan Saiyidina Ali KWJ, “Lihatlah pada generasi muda, untuk menilai masa depan ummatnya”. Saya tergamam dan jadi takut Dato’ Seri, melihatkan rakan-rakan sebaya yang hanyut. Apakah sebegini hancur dan punahnya masa depan negara tercinta ini!?

PELAN TRANSFORMASI EKONOMI

Program Transformasi Ekonomi anjuran kerajaan pimpinan Dato’ Seri turut menggariskan perancangan untuk MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH HAB HIBURAN MALAM UNTUK MEMACU INDUSTRI PELANCONGAN. Di atas alasan untuk memperkasa industri pelancongan dan menarik pelancong juga kerajaan pimpinan Dato’ Seri merancang penubuhan kelab-kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan mempakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Kerajaan Dato’ Seri juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012 akan menyusul. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

Maka menjelang 2014 negara kita akan memiliki sekurang-kurangnya 10 kelab malam di zon hiburan. Rancangannya adalah untuk menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudkan lebih kurang 5,000 pekerjaan baru menjelang 2020. Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan Dato’ Seri akan merubah beberapa peraturan hiburan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan malam.

Dato’ Seri juga berhasrat melonggarkan lagi syarat-syarat untuk persembahan artis luar negara. Dan kami telahpun menyaksikan bagaimana seorang penyanyi gay membuat persembahan, memuaskan nafsu remaja-remaja muda dengan kebenaran daripada kerajaan Dato’ Seri.

Izinkan saya ulangi soalan saya Dato’ Seri, apakah Islam diletakkan sebagai neraca timbangan ketika Dato’ Seri merangka, membentang dan membahas idea ini? Ataupun Dato’ Seri punya pilihan lain yang Dato’ Seri lebih suka untuk diletakkan sebagai neraca timbangan?

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, apakah Dato’ Seri penuh sedar bahawa perancangan Dato’ Seri ini adalah perancangan ‘PEMUSNAHAN’ besar-besaran? Ini bukanlah pelan pembangunan ekonomi, ini adalah pelan ‘PEMUSNAHAN’ berskala besar yang akan menjadikan rakan-rakan seusia saya, remaja semuda saya atau lebih muda hancur musnah Akhlaknya, punah-ranah Sahsiahnya.

Iya, Dato’ Seri akan ‘menghancur’ dan ‘membunuh’ pemimpin masa depan, para cerdik pandai generasi akan datang dengan lambakan hiburan dan keseronokan melampau! Saya dan rakan-rakan bakal dihidang dengan acara memuas nafsu yang berterusan. Ini akan menatijahkan hanya satu Dato’ Seri, iaitu hilang upayanya kami untuk menduduki barisan kepimpinan negara suatu masa nanti. Atau apakah pada pandangan Dato’ Seri, yang kami akan menjadi lebih bijak dan pandai kiranya ‘menelan’ hiburan-hiburan ini?